Liga Juara-Juara: Ferguson Ketepikan Pemain Utama Ke Turki - Sukan | mStar

Liga Juara-Juara: Ferguson Ketepikan Pemain Utama Ke Turki

Rooney dan Van Persie (kanan) tidak beraksi pada pertemuan bertemu Galatasary awal pagi Rabu.
Rooney dan Van Persie (kanan) tidak beraksi pada pertemuan bertemu Galatasary awal pagi Rabu.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson merehatkan beberapa pemain utamanya ketika bertandang ke Turki bagi pertemuan dengan Galatasary dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) bagi Kumpulan H awal pagi Rabu.

Wayne Rooney diketepikan walaupun dilihat sudah sembuh selepas mengalami radang tonsil yang mana dia turut menjadi penonton pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Norwich Ahad lalu.

Dengan kutipan 12 mata sekaligus menguasai kumpulan tersebut, Ferguson turut merehatkan Rio Ferdinand, kapten pasukan Patrice Evra dan penjaring terbanyak setakat ini, Robin van Persie.

Dua pemain veteran pasukan ini Paul Scholes dan Ryan Giggs turut tidak tersenarai.

"Kami hanya perlu menang perlawanan ini, yang mana kami telah melakukannya.

"Apa pun, kami sudah bersedia sehingga Februari ini," jelas Ferguson.

Senarai pemain:

Sam Johnstone, Anders Lindegaard; Rafael, Alexander Buttner, Phil Jones, Tom Thorpe, Marnick Vermijl, Scott Wootton; Michael Carrick, Davide Petrucci, Larnell Cole, Tom Cleverley, Darren Fletcher, Anderson, Nick Powell, Ashley Young, Ryan Tunnicliffe; Javier Hernandez, Joshua King, Danny Welbeck, Federico Macheda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain