suria

Kedudukan Mata dan Pasukan Dalam Liga Perdana Inggeris

LONDON: Pengurus Sunderland, Martin O'Neill yang memberi kata dua bahawa dia akan meletakkan jawatan jika pasukannya gagal mencapai kemenangan kini tidak perlu berbuat demikian selepas Sunderland menumpaskan Fulham 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Kemenangan itu tidak menganjak kedudukan Sunderland dalam liga iaitu pada tangga ke-15 dan begitu juga Fulham yang kekal di tangga ke-9 tetapi sekurang-kurangnya memberi nafas lega kepada O'Neill.

Ini adalah kemenangan di tempat lawan yang pertama buat Sunderland selepas mengharungi 11 perlawanan liga.

Buat Fulham, ini pula adalah kekalahan keempat pasukan itu.

Berikut adalah kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 12 perlawanan musim ini:

1. Man City - 28 (mata)

2. Man Utd - 27

3. Chelsea - 24

4. WBA - 23

5. Everton - 20

6. Arsenal - 19

7. West Ham - 18

8. Tottenham - 17

9. Fulham - 16

10. Swansea - 16

11. Liverpool - 15

12. Newcastle - 14

13. Norwich - 14

14. Stoke - 12

15. Sunderland - 12

16. Wigan - 11

17. Reading - 9

18. Aston Villa - 9

19. Southampton - 8

20. QPR - 4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain