suria

F1: Kemenangan Hamilton Di AS Nafikan Peluang Vettel Dinobat Juara Dunia

Hamilton mengungguli perlumbaan di Texas pada Ahad.
Hamilton mengungguli perlumbaan di Texas pada Ahad.
Hamilton mengungguli perlumbaan di Texas pada Ahad.

KEMENANGAN Lewis Hamilton pada perlumbaan Formula 1 Amerika Syarikat (AS) pada Ahad telah membawa persaingan untuk takhta kejuaraan dunia ke perlumbaan terakhir di Brazil.

Ia sekaligus menafikan peluang juara bertahan, Sebastian Vettel daripada dinobatkan sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut.

Pelumba Jerman itu memang berharap untuk mencapai sesuatu yang ajaib di Texas selepas dia memulakan perlumbaan di petak pertama sekaligus melupuskan peluang pesaing terdekat yang juga bekas juara dunia, Fernando Alonso.

Malangnya, menamatkan perlumbaan di tempat kedua ditambah pula kejayaan Alonso menduduki tempat ketiga menafikan buat sementara waktu peluang Vettel untuk dinobatkan sebagai juara dunia musim ini.

Kesimpulannya, Alonso dan Vettel akan menentukan kejuaraan musim ini minggu depan di Inter Lagos, Brazil.

Persaingan sengit kedua-dua pelumba itu menjadikan Formula 1 musim ini sebagai yang paling menarik dalam tempoh sedekad.

Bagi Hamilton pula, kejayaan di AS adalah sesuatu yang sangat manis dan akan menjadi kenang-kenangan kerana apabila Formula 1 kali terakhir dilangsungkan di AS pada tahun 2007, dia adalah pemenangnya.

Ia seolah-olah kejayaan mempertahankan gelaran yang disandang lima tahun lalu.

Inilah buat pertama kalinya Formula 1 kembali ke bumi AS selepas kali terakhir diadakan pada 2007.

Namun begitu di sebalik kegagalan Vettel untuk memastikan kejuaraan musim ini kembali kepadanya tetapi menduduki tempat kedua di AS sudah memadai untuk pasukannya Red Bull dinobatkan sebagai juara pasukan 2012.

Kini Vettel perlu memastikan sekurang-kurangnya dia menduduki tempat keempat pada perlumbaan terakhir di Brazil untuk diisytiharkan sebagai juara dunia.

Kedudukan Pelumba Di Perlumbaan F1 AS:

1. L.Hamilton - McLaren

2. S.Vettel - Red Bull

3. F.Alonso - Ferrari

4. F.Massa - Ferrari

5. J.Button - McLaren

6. K.Raikkonen - Lotus

7. R.Grosjean - Lotus

8. N.Hulkenberg - Force India

9. P.Maldonado - Williams

10. B.Senna - Williams

11. S.Perez - Sauber

12. D.Ricciardo - Toro Rosso

13. N.Rosberg - Mercedes AMG

14. K.Kobayashi - Sauber

15. P.di Resta - Force India

16. M.Schumacher - Mercedes AMG

17. V.Petrov - Caterham

18. H.Kovalainen - Caterham

19. T.Glock - Marussia

20. C.Pic - Marussia

21. P.de la Rosa - HRT

22. N.Karthikeyan - HRT

23. M.Webber - Red Bull (gagal tamat)

24. J.Vergne - Toro Rosso (gagal tamat)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain