suria

Rekod Messi Kini Atasi Pele, Cuma Sembilan Di Belakang Muller

Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi

LIONEL MESSI kini telah meletakkan namanya mengatasi legenda bolasepak dunia Pele — mencipta rekod jaringan terbanyak dalam satu tahun.

Bintang Argentina dan Barcelona itu telah menjaringkan dua gol ketika Barcelona menumpaskan Mallorca 4-2 hujung minggu lalu untuk mencatatkan keseluruhannya 76 jaringan bagi tahun 2012 sahaja.

Angka itu cuma kurang sembilan gol di belakang legenda Jerman, Gerd Muller untuk rekod dunia.

Jumlah jaringan terbanyak Pele ialah 75 gol untuk Santos dan Brazil pada tahun 1972.

Jurulatih Barca, Tito Vilanova berkata: "Sesetengah pemain mengambil tempoh tujuh atau lapan tahun untuk mencatatkan jumlah yang sama tetapi Messi melakukannya dalam satu tahun.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain