suria

Tenis: Federer Menang Mudah Ke Atas Tipsarevic

Roger Federer
Roger Federer
Roger Federer

BINTANG Switzerland, Roger Federer mengetepikan Janko Tipsarevic, 6-3 6-1 pada aksi Kumpulan B Jelajah Akhir ATP Dunia di North Greenwich, London awal pagi Rabu.

Kemenangan tersebut merupakan kali ke-40 yang dicatat pada final ini sepanjang kariernya yang turut menyamakan rekod dengan pemain lagenda, Ivan Lendl.

Federer yang tidak beraksi pada kejohanan Paris Masters minggu lalu berkata, dia berpuas hati dengan keadaan yang dilaluinya hari ini.

""Saya gembira dan rasakan ini memang masa yang sesuai. Bagaimanapun saya masih memerlukan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

"Prestasi hari ini juga baik dan tidak ada sebarang kecederaan. Saya juga gembira dengan corak permainan ketika bertemu Janko yang sememangnya bukan sebarangan pemain," jelas Federer.

Sementara itu Janko berkata, dia sedikit tidak berpuas hati ketika bertemu Federer, namun mengakui lawannya itu sukar ditewaskan.

"Saya akui Roger terlalu bagus. Saya juga tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

"Pun begitu saya tidak menyalahkan keadaan diri saya di atas kekalahan ini.

Selain itu, satu lagi perlawanan bagi Kumpulan B menyaksikan juara Paris Masters David Ferrer dari Sepanyol menewaskan Juan Martin Del Potro (Argentina) 6-3 3-6 6-4.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain