suria

Mancini Menyerah Kalah: Persaingan Dalam Liga Juara-Juara Telah Berakhir

Roberto Mancini
Roberto Mancini
Roberto Mancini

ROBERTO MANCINI menyalahkan pengadil kerana tidak membenarkan gol jaringan Sergio Aguero tetapi pada masa yang sama mengakui persaingan mereka dalam Liga Juara-Juara musim ini telah berakhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi Rabu itu, Manchester City terikat 2-2 dengan Ajax Amsterdam sekaligus menjadikan laluan City ke peringkat seterusnya boleh dikatakan hampir tiada langsung.

Sebelum itu, Mancini dan para pemain City telah berkonfrantasi dengan Peter Rasmussen selepas mereka merasakan pengadil itu dua kali menafikan kemenangan mereka.

“Saya rasa perjuangan kami dalam Liga Juara-Juara telah berakhir dengan keputusan ini," tegas Mancini.

City tidak berpuashati selepas jaringan pada minit-minit terakhir Aguero dibatalkan kerana dikatakan "offside".

Kemudian Mario Balotelli secara jelas dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Ricardo van Rhijin juga pada saat-saat akhir tetapi tidak City tidak dianugerahkan sepakan penalti.

SuperMario menunjukkan amarahnya dengan menerpa ke arah pengadil tetapi telah dihalang oleh rakan-rakan sepasukannya.

Dengan keputusan seri ini, City memerlukan tangan ajaib untuk membantu mereka melangkah ke pusingan seterusnya dari Kumpulan D yang turut terdiri daripada Real Madrid dan Borrusia Dortmund.

City kini hanya mengutip dua mata.

Mereka perlu mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan lagi iaitu menentang Real Madrid di Stadium Etihad dan kemudian harus menumpaskan Dortmund juga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain