suria

Tenis: Murray Menang Aksi Pembukaan

Murray memenangi perlawanan pertama ke atas Berdych, Selasa.
Murray memenangi perlawanan pertama ke atas Berdych, Selasa.
Murray memenangi perlawanan pertama ke atas Berdych, Selasa.

TEWAS pada set pertama, pemain Britain, Andy Murray bangkit memenangi dua set perlawanan sekaligus menewaskan pemain nombor enam dunia, Tomas Berdych, 3-6 6-3 6-4 pada aksi pembukaan Jelajah Akhir Dunia ATP 2012, di London awal pagi Selasa.

"Saya sangat teruja dapat kembali beraksi di United Kingdom kerana ia benar-benar menguji kamu.

"Saya masih memerlukan satu usaha keras untuk tahun ini. Kejohanan ini dianggap penting dan saya mahu memenanginya.

"Perjalanan masih jauh, tetapi ia permulaan yang baik," jelas Murray.

Murray kini mencatat rekod seimbang dengan Berdych 4-4 dalam kariernya, tetapi dia mengharapkan akan dapat melakukan kejutan lagi selepas ini.

Juara Terbuka Amerika Syarikat ini gagal mengejar corak permainan bintang Czech pada set pertama sehingga ketinggalan agak jauh.

"Kami telah melakukan pukulan yang baik dan tidak mahu kehilangan banyak mata, namun ia tetap terjadi.

"Set kedua memberi kelebihan kepada saya, tetapi set ketiga agak sukar," jelasnya.

Sementara itu, perlawanan kumpulan A ini turut menyaksikan Novak Djokovic menang ke atas Jo-Wilfried Tsonga, 7-6(4) 6-3.

Artikel Sebelum

Artikel Lain