suria

Liga Juara-Juara: Ramsey Terlepas Peluang Bertemu Schalke

PEMAIN tengah Arsenal, Aaron Ramsey (gambar) terlepas aksi Liga Juara-juara (Kumpulan B) bertemu Schalke 04 awal pagi Rabu ini selepas mengalami kecederaan ketika bertemu pasukan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Ramsey menjadi pemain simpanan pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 2-1 kepada United dan tempatnya akan digantikan oleh Johan Djourou pada kunjungan ke Gelsenkirchen ini.

Ketiadaan Ramsey ini juga bakal membuka pintu kepada Theo Walcott yang hanya menjadi pemanas bangku sebelum ini.

Schalke kini mendahului kedudukan Kump B dengan tujuh mata, manakal Arsenal 6 mata.

Manakala pasukan Olympiacos tiga mata dan kedudukan keempat Montpellier HSC, satu mata.

Artikel Sebelum

Artikel Lain