suria

Jasa 26 Tahun Ferguson Bersama Man United Dikenang

Ferguson dianggap pengurus paling berjaya dalam liga bola sepak Inggeris.
Ferguson dianggap pengurus paling berjaya dalam liga bola sepak Inggeris.
Ferguson dianggap pengurus paling berjaya dalam liga bola sepak Inggeris.

MANCHESTER United akan mempamerkan patung pengurus Sir Alex Ferguson sebagai mengenang jasanya yang telah 26 tahun mengendalikan skuad ini.

Patung tersebut akan mula dipamerkan di Old Trafford pada 23 November ini, sehari sebelum perlawanan bertemu Queens Park Rangers yang mana ia merupakan lawan yang sama ketika pengurus berusia 70 tahun itu mengambil alih skuad pada 22 November 1986.

Ferguson merupakan pengurus paling berjaya di Britain dengan membawa pasukan United meraih 12 gelaran liga perdana, dua trofi Piala Eropah, lima kali juara Piala FA dan empat gelaran Piala Liga.

Artikel Sebelum

Artikel Lain