suria

Profil Perlawanan Man Utd Lwn Chelsea

WALAUPUN dibelenggu oleh pelbagai berita negatif mengenai perpindahan para pemainnya termasuk kapten mereka, Robin van Persie ke Manchester United musim ini tetapi tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa skuad Arsene Wenger sekarang jauh lebih kukuh dan kuat berbanding musim lalu.

Malam ini, semua itu akan teruji apabila Arsenal bertandang ke Old Trafford untuk bertemu dengan United.

Yang akan lebih menjadi perhatian ialah bagaimanakah reaksi para penyokong tegar United terhadap bekas kapten mereka Robin van Persie (RVP) nanti.

Namun memandangkan perlawanan ini berlangsung di Old Trafford, RVP tidak perlu berasa gusar menjadi sasaran besar para penyokong Arsenal.

FAKTA PERLAWANAN:

> Stadium: Old Trafford.

> Waktu: 8.45 mlm Sabtu waktu Malaysia.

> Tiket: Habis dijual.

> Musim lalu: Man Utd 8 Arsenal 2

> Pengadil: Mike Dean

> Barisan pemain United:- De Gea, Ferdinand, Johny Evans, Rafael Da Silva, Patric Evra, Michael Carrick, Tom Cleverly, Valencia, Ashley Young, Wayne Rooney, RVP.

> Barisan pemain simpanan United:- Lindegaard, Johnstone, Buttner, Hernández, Welbeck, Scholes, Nani, Anderson, Giggs, Powell, Macheda, Bebé, Fletcher, Henríquez.

> Barisan pemain Arsenal:- Mannone, Vermaelen, Mertesacker, Sagna, Andre Santos, Jack Wilshere, Cazorla, Arteta, Aron Ramsey,Podolski, Giroud.

> Barisan pemain simpanan Arsenal:-Martínez, Jenkinson, Yennaris, Djourou, Koscielny, Squillaci, Frimpong, Walcott, Coquelin, Gnarby, Arshavin, Chamakh.

LAIN-LAIN FAKTA MENARIK:

> Terdapat sembilan sepakan penalti melibatkan kedua-dua pasukan ini dalam perlawanan liga. Tujuh untuk United dan dua untuk Arsenal.

> Wayne Rooney telah menjaringkan 10 gol menentang Arsenal dalam perlawanan liga.

> Jika terpilih, Johan Djourou akan mencatat permainan yang ke-100 buat Arsenal sejak menyertai kelab itu pada 2004.

> United tidak pernah terlepas menjaringkan gol dalam 53 perlawanan liga perdana di Old Trafford. Satu rekod.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain