suria

Liew Darren Perlu Bekerja Keras Sebelum Jadi Pemain Ternama Dunia - Chong Wei

Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri) melawat salah seorang penghuni kanak-kanak istimewa pada majlis perasmian pembukaan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor, Bandar Mahkota di sini, Ahad. Turut hadir Pengerusi Yayasan Lion-Parkson, Puan Sri Chelsia Cheng (dua, kiri), Pengerusi Persatuan OKU dan minda Kurang Upaya Kanak-kanak Johor Bahru, Mohd Farid Hassan (tiga, kiri) serta Presiden dan Pengasas Persatuan OKU dan minda Kurang Upaya Kanak-kanak Johor Bahru, V. Rajamanikam (empat, kiri). -- fotoBERNAMA

BANTING: Pemain perseorangan kedua badminton negara, Liew Daren perlu bekerja keras bermula sekarang sekiranya beliau berhasrat menjadi pemain ternama dunia dalam tempoh terdekat.

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata pemain berusia 25 tahun itu perlu didedahkan dengan lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi membolehkan beliau menyaingi kehebatan pemain ternama dunia khususnya dari China yang kini muncul sebagai kuasa utama badminton dunia.

"Saya rasa beliau (Liew) memerlukan setahun atau lebih untuk (sekurang-kurangnya) menjadi 10 pemain ternama dunia dan saya bersedia mencurahkan segala pengalaman saya bagi membantu beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor di sini, Ahad.

Liew yang disebut-sebut sebagai pengganti Chong Wei menamatkan kemarau kejuaraan pada Kejohanan Badminton Super Series selepas merangkul Kejohanan Terbuka Perancis minggu lepas dengan menumbangkan bekas juara remaja dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 21-18 dan 21-17.

Menyifatkan kejayaan Liew meraih kejayaan sulung itu sebagai membanggakan, Chong Wei berkata Liew harus bersedia menyerap segala tekanan sebagaimana yang dilalui oleh beliau dalam beberapa kejohanan sebelum bergelar pemain nombor satu dunia. "Kemenangan tersebut adalah satu permulaan baik kepada karier badminton beliau (Liew) dan ini akan memberi lebih keyakinan kepadanya bagi menghadapi beberapa kejohanan akan datang.

"(Bagaimanapun) beliau harus bersedia menerima tekanan tinggi (daripada peminat badminton tempatan) selepas meraih kejuaraan sulung di pentas antarabangsa," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik London itu.

Dalam perkembangan lain, Chong Wei berkata beliau masih belum menentukan masa yang sesuai untuk menubuhkan yayasan kebajikannya sendiri bagi membantu golongan tidak bernasib baik seperti orang miskin dan kanak-kanak.

"Bukan senang untuk menguruskan sebuah yayasan kebajikan sendiri kerana ia memerlukan komitmen masa serta kerjasama erat daripada semua pihak bagi memastikan ia berjalan dengan sempurna," katanya.

Pada majlis itu, Chong Wei turut menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Yayasan Lion-Parkson Puan Sri Chelsia Cheng untuk menampung pembiayaan bulanan rumah berkenaan. Rumah di atas tapak berkeluasan 1.687 hektar dan bernilai RM2.2 juta itu merupakan sumbangan Kumpulan Lions sebagai satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial mereka.

Pembinaan rumah berkenaan bermula pada 30 Okobert 2010 sebelum siap sepenuhnya pada Julai lalu selepas berpindah dari kedudukan asalnya di Ampang Jaya bagi menampung pertambahan penghuninya yang semakin meningkat.

Sementara itu, Cheng berkata pihaknya masih memerlukan sekitar RM2.8 juta untuk fasa kedua pembinaan bangunan baharu meliputi kelas pembelajaran, pejabat pentadbiran serta asrama untuk 100 penghuni kanak-kanak lelaki dan perempuan.

"Kami berharap orang ramai menderma mungkin RM5, RM10 atau apa sahaja jumlah yang mampu mereka sumbangkan bagi memastikan rumah ini terus beroperasi," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain