suria

MSS: Kuhara Intai Gelaran Keempat

SEPANG: Pusingan akhir Malaysian Super Siries (Pusingan 5) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini menyaksikan perebutan sengit siapa bakal bergelar juara musim ini.

Juara tiga kali kategori Superbike Kelas A, Yasuhiro Kuhara pastinya akan menjadikan pusingan akhir ini yang terbaik sekaligus merangkul gelaran juara kali keempat.

Ketinggalan 15 mata daripada pendahulu, Mohamad Syahnas Shahidan (145 mata) tidak menjadi penghalang untuk Kuhara mengutip 15 mata untuk muncul juara keseluruhan.

"Peluang masih lagi terbuka, dan sudah pasti saya akan memberi saingan sengit.

"Saya perlu lebih berusaha walaupun pada pusingan keempat baru-baru ini saya telah bekerja keras.

"Dia terlalu pantas dan telah mempamerkan aksi yang menarik," kata Kuhara.

Sebelum ini Syahnas telah merangkul dua gelaran pada pusingan tiga dan empat.

Syahnas berkata, dia gembira kerana berjaya mendahului Kuhara, namun tetap berhati-hati pada final ini.

"Masih lagi ada dua perlumbaan dan saya akan lakukan yang terbaik. Walaupun mendahului kedudukan keseluruhan setakat ini, saya tetap berwaspada berdepan dengan saingan nanti.

"Harapnya semua berjalan seperti yang dirancang," jelas Syahnas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain