suria

Ken Nee Mahu Latih Atlet Muda Negara

Ken Nee menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Sea di Jakarta 2011.
Ken Nee menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Sea di Jakarta 2011.
Ken Nee menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Sea di Jakarta 2011.

KUALA LUMPUR: Hampir 19 tahun menabur bakti sebagai atlet terjun negara, Yeoh Ken Nee mengambil keputusan untuk bersama selepas tamatnya Sukan Olimpik di London Jun lalu.

Keputusan bersara itu bukan bererti atlet kelahiran Kuala Lumpur itu meninggalkan terus bidang yang digemari sejak kecil lagi, sebaliknya akan berkongsi pengalaman tersebut bersama atlet muda negara.

"Saya berpuas hati dengan aksi terakhir di London baru-baru ini walaupun gagal mencapai sebarang pingat.

"Keputusan ini diambil berdasarkan banyak faktor dan yang penting sekali saya ingin melihat sukan terjun ini terus berkembang.

"Saya akan menggunakan pengalaman berbelas tahun ini bersama pelapis-pelapis muda," jelas atlet berusia 29 tahun ini.

Ken Nee berjaya memberi persembahan terbaik dalam kerjaya untuk layak ke final acara 3 meter papan anjal individu, kelmarin dengan penyudahan tempat ke-10 daripada barisan terbaik dunia.

"Itu satu keputusan terbaik sepanjang karier saya dan tidak sangka dapat mara ke tahap ini. Ia memberi saya satu motivasi baru dalam kerjaya saya," jelas pemegang pingat gangsa Sukan Asia 2010 ini.

Ini adalah penyertaan kedua dalam Olimpik selepas 2000 di Sydney selepas gagal layak ke edisi 2004 (Athens) dan Beijing (2008).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain