suria

Tenis: Murray Tewas Kepada Pemain Ke-69 Dunia

Murray kecewa selepas terkandas pada pusingan ketiga Paris Masters, awal pagi Jumaat.
Murray kecewa selepas terkandas pada pusingan ketiga Paris Masters, awal pagi Jumaat.
Murray kecewa selepas terkandas pada pusingan ketiga Paris Masters, awal pagi Jumaat.

PEMAIN nombor tiga dunia dari Britain, Andy Murray tewas mengejut kepada pemain di ranking ke-69 dunia dari Poland, Jerzy Janowicz pada pusingan ketiga Kejohanan Paris Masters, awal pagi Jumaat.

Murray tewas 5-7,7-4(4),6-2.

"Pelbagai perasaan timbul selepas tewas aksi ini. Saya teruja selepas memenangi pusingan pertama menentang Philipp Kohlschreiber serta Marin Cilic (pusingan kedua).

"Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan sekarang.

"Pada awal tahun ini, banyak perubahan berlaku termasuk tahap kecergasan, raket saya, jurulatih kecergasan dan ianya berkesan.

"Sekarang saya cuba lakukan yang terbaik dan berharap akan kembali mendapat rentak seperti sebelum ini," jelas.

Murray berkata, Janowicz telah menunjukkan permainan terbaik termasuk pukulan yang kencang, yang sukar diramal.

"Dia bermain baik dalam aksi tiebreak, sangat agresif dan melakukan pukulan yang sempurna.

"Saya perlu pastikan ia tidak akan berlaku lagi pada perlawanan seterusnya selepas ini," jelas juara Terbuka Amerika Syarikat ini.

Bagaimanapun kekalahan ini turut memberi sedikit kelebihan kepada Murray untuk berehat sebelum beraksi pada Jelajah Akhir Dunia di London minggu depan.

Keputusan pusingan ketiga Paris Masters:

David Ferrer mn Stanislas Wawrinka 6-2 4-6 6-2

Jo-Wilfried Tsonga mn Nicolas Almagro 7-6(4) 7-6(3)

Sam Querrey mn Milos Raonic 6-3 7-6(1)

Janko Tipsarevic mn Juan Monaco 6-3 3-6 6-3

Michael Llodra mn Juan Martin Del Potro 6-4 6-3

Jerzy Janowicz mn Andy Murray (Britain) 5-7 7-6(4) 6-2

Gilles Simon mn Kei Nishikori (Japan) WO

Tomas Berdych mn Kevin Anderson 1-6 6-3 6-4

Artikel Lain