suria

Sathia Yakin Kelibat Shukor penting Dalam Skuad ATM

Shukor bakal menyarun jersi ATM musim depan.
Shukor bakal menyarun jersi ATM musim depan.
Shukor bakal menyarun jersi ATM musim depan.

KETUA jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.Sathianathan yakin kehadiran bekas kapten Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan boleh mengisi kekosongan posisi tengah yang ditinggalkan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pasukan naib juara Piala Malaysia 2012 ini kehilangan tiga tonggak utama iaitu Aidil Zafuan dan adiknya, Mohd Zaquan Adha selain pertahanan kiri, Mohd Azmi Muslim yang akan berhijrah ke Johor musim baharu nanti.

Sathia berkata, dia sudah lama mengintai pemain tengah itu ketika mengemudi jurulatih pasukan Kelantan lagi.

"Saya sudah lama mengenali dia dan faham corak permainannya ketika bersama skuad kebangsaan bawah 19 sebelum ini.

"Dia seorang pemain yang serba boleh dan mampu bermain di pertahanan serta bahagian tengah,” jelas jurulatih kelahiran Negeri Sembilan ini.

Sathia juga turut memuji prestasi konsisten pemain berusia 33 tahun itu musim ini.

"Sudah tentu kehilangan tiga pemain utama sedikit merencatkan perancangan saya musim depan, namun itu tidak menjadi masalah besar kerana saya mempunyai calon lain yang dilihat mampu membantu pasukan ATM bersaing lebih baik pada musim depan.

"Saya juga merancang untuk menggunakan pemain muda dalam satu atau dua posisi dan mereka sekarang sedang menjalani latihan bersama kami.

"Saya telah menggunakan mereka ketika aksi persahabatan sebelum ini dan kemungkinan musim depan saya akan menyenaraikan mereka dalam barisan utama berdasarkan prestasi mereka," katanya.

Shukor bakal bersama ATM pada Disember ini selepas kontraknya tamat bersama Negeri Sembilan.

Artikel Lain