Bekas Pemain Antarabangsa Sepanyol Daniel Guiza Akan Sertai Johor - Sukan | mStar

Bekas Pemain Antarabangsa Sepanyol Daniel Guiza Akan Sertai Johor

Daniel Guiza
Daniel Guiza

JOHOR BAHARU: Bekas juara Piala Negara-Negara Eropah dari Sepanyol, Daniel Guiza dijangka menyertai skuad bolasepak Johor pada musim akan datang.

Guiza adalah salah seorang penyerang dalam skuad kebangsaan Sepanyol dalam kejohanan Euro 2008 yang menyaksikan negara itu muncul sebagai juara.

Guiza pada masa ini bermain untuk kelab Getafe FC dalam La Liga.

Presiden Persatuan Bolasepak Johor, Tunku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, rundingan dengan pihak pemain itu sedang berjalan sekarang dan dijangka selesai dalam beberapa hari lagi.

"Pemain itu dijangka tiba di sini melalui Singapura Khamis ini bersama ejennya untuk memuktamadkan rundingan tersebut serta melihat kemudahan infra yang terdapat di sini," ujar Tunku Ismail.

Menurut Tunku Ismail lagi, pembelian Guiza pada nilai Euro1.6 juta akan memantapkan lagi skuad Johor pada musim depan dan memberi semangat baru kepada dunia bolasepak Malaysia pada keseluruhannya.

Tunku Ismail turut memaklumkan bahawa Johor akan mendapatkan khidmat seorang lagi pemain antarabangsa berpengalaman sebelum musim baru bermula.

Pemain yang dimaksudkan itu kata Tunku Ismail mungkin dari negara Amerika Selatan kerana mereka lebih mudah menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang hampir sama dengan benua tersebut.

Tunku Ismail berkata demikian dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini pada Selasa.

Guiza, 32, pernah menyandang gelaran penjaring terbanyak La Liga lima tahun lalu ketika bermain untuk Mallorca - menjaringkan 27 gol dalam 37 perlawanan liga.

Selepas menjuarai Euro 2008 bersama Sepanyol, Guiza menyertai kelab Turki, Fenerbahce sebelum kembali ke La Liga bersama kelab Getafe tahun lalu.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Tunku Ismail juga mengumumkan bahawa pemain kebangsaan, Safiq Rahim, Mohd Muslim Ahmad dan pemain tengah Kelantan, Mohd Nurul Azwan telah pun menandatangani memorandum persefahaman untuk bermain bersama Johor musim depan.

"Kami juga telah mengadakan rundingan dengan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sejak lima bulan yang lalu dan bersedia untuk membeli nilai kontrak beliau bersama Kelantan. Kini bola berada di kakinya untuk membuat keputusan," ujar Tunku Ismail.

Daniel Guiza , Johor , Sepanyol , Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain