Pengarah Bolasepak Barcelona Txiki Begiristain Sertai Man City - Sukan | mStar

Pengarah Bolasepak Barcelona Txiki Begiristain Sertai Man City

BEKAS Pengarah Bolasepak Barcelona, Txiki Begiristain telah menyertai Manchester City atas kapasiti yang sama, demikian menurut pengumuman yang dibuat oleh kelab tersebut.

Juara Liga Perdana Inggeris itu telah melantik Begiristain,48, sebagai sebahagian daripada perancangan masa depan mereka untuk membangunkan pemain muda dan juga mengenalpasti pemain-pemain berpotensi.

Begiristain berkhidmat di Barcelona dari tahun 2008 hingga 2010 dan City mengesahkan yang beliau bertanggungjawab dalam membantu Roberto Mancini mengenalpasti pembelian pemain-pemain berpotensi dan juga dalam hal ehwal operasi kelab.

City juga turut mengesahkan yang Brian Marwood, yang sebelum ini merupakan orang yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan kelab akan mengambil alih jawatan pengarah urusan Akademi Bolasepak Manchester City yang akan mula beroperasi pada musim 2013-14.

Mancini dan Marwood mempunyai sejarah hubungan bekerja yang tidak harmoni.

Tugas baru Marwood nanti ialah bertanggungjawab ke atas pengambilan, pembangunan, latihan dan pengurusan lebih 400 pelatih akademi.

Kesemua mereka akan bertanggungjawab melaporkan tugas serta perkembangan potfolio masing-masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano.

Begiristain, yang pernah menyarung jersi Real Sociedad dan juga Barcelona sebagai pemain dipetik sebagai berkata di dalam laman web city: "Saya berasa terharu dan teruja di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di kelab ini."

Marwood menambah, struktur yang telah disusun dan dibina dalam membangunkan operasi bolasepak di kelab ini telah lengkap.

"Txiki dan saya berkongsi falsafah dan filosofi bolasepak yang sama," katanya lagi.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain