suria

Nick Watney Juara CIMB Classic 2012

KUALA LUMPUR: Pemain golf Amerika Syarikat Nick Watney muncul juara kejohanan golf CIMB Classic 2012 yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club di Seri Kembangan di sini, Ahad.

Beliau mengumpul 22 pukulan di bawah par 262 untuk mengatasi juara bertahan dan rakan senegara, Bo Van Pelt dan Robert Garrigus dengan perbezaan satu pukulan.

Sementara pemain nombor dua dunia, Tiger Woods berkongsi kedudukan keempat dengan Brendon de Jonge dari Zimbabwe dengan mengumpul 19 pukulan di bawah par 265. -BERNAMA

Artikel Lain