suria

Kami Bernasib Baik: Ferguson

Hernandez menjaringkan gol kontroversi pada aksi menentang Chelsea,awal pagi Isnin.
Hernandez menjaringkan gol kontroversi pada aksi menentang Chelsea,awal pagi Isnin.
Hernandez menjaringkan gol kontroversi pada aksi menentang Chelsea,awal pagi Isnin.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui pasukannya bernasib baik mencatat keputusan menang 3-2 ke atas Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.

Kemenangan itu juga sekaligus memadam rekod tanpa kalah pasukan Chelsea dalam lapan perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun The Blues masih lagi menguasai kedudukan liga dengan kelebihan satu mata (22 mata) berbanding Man United dengan 21 mata.

"Kami berkunjung ke sini selepas mengalami keputusan teruk sebelum ini. Daripada apa yang saya dengar, Chicharito (Javier Hernandez) berada dalam keadaan off side ketika menjaringkan gol kemenangan.

"Manakala keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Ivanovic, saya rasa ia memang wajar dengan apa yang dilakukan, dan ia tidak perlu dipersoalkan.

"Saya juga yakin Johnny Evans ' menangkap' Fernando Torres dengan aksi terjahan keduanya sehingga dilayangkan kad kuning kedua.

"Dengan 10 pemain tuan rumah, kami memenangi perlawanan ini. Sebelum itu, Chelsea menyamakan kedudukan seri 2-2, dan ia sangat sengit.

"Sebab itulah kami bangkit mencari gol kemenangan," jelasnya.

Sementara itu, pengurus Chelsea, Roberto De Matteo tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah.

"Keputusan pengadil menjadi faktor utama kepada perlawanan ini.

"Pengadil (Mark Clattenburg) menghantar Torres keluar padang, dan gol ketiga adalah off side dan ia sangat jelas keputusan perlawanan ini adalah untuk pihak lawan," jelasnya.

Gol-gol Man United dijaringkan oleh David Luiz 4’ (gol sendiri) Robin van Persie 12’ Hernández 75’.

Manakala dua gol Chelsea dilakukan oleh Mata 44’ Ramires 53'.

Senarai pemain:

Chelsea: Cech; Ivanovic, Cahill, Luiz, Cole; Mikel, Ramires, Hazard, Mata, Oscar; Torres. (pemain simpanan): Turnbull, Azpilicueta, Bertrand, Romeu, Marin, Moses, Sturridge.

Man United: De Gea; Rafael, Ferdinand, Evans, Evra; Valencia, Carrick, Cleverley, Young; Rooney; van Persie. (pemain simpanan): Lindegaard, Anderson, Giggs, Hernandez, Nani, Welbeck, Scholes.

Artikel Lain