Lance ArmstrongKESATUAN Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah bersetuju menerima siasatan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) terhadap pelumba basikal, Armstrong.Presiden UCI Pat McQuaid berkata: "Lance Armstrong tidak mempunyai tempat dalam acara berbasikal. Dia layak dilupakan." McQuaid menambah semua kemenangan Armstrong telah dilucutkan sejak 1 ogos 1998 dan digantung seumur hidup kerana doping.Memanggil apa yang berlaku sebagai "hari mercu tanda untuk acara berbasikal", beliau yang berbangsa Irish dan menjadi presiden UCI pada tahun 2005, berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan."Ini adalah krisis, krisis terbesar dalam acara basikal yang pernah dihadapi," katanya."Saya suka melihat krisis ini sebagai satu peluang untuk membersihkan sukan kami (daripada dadah) dan semua orang yang terlibat dengannya menyedari ia berada dalam bahaya dan bekerja bersama-sama untuk terus ke hadapan."Acara berbasikal mempunyai masa depan. Ini bukan kali pertama berbasikal berada di persimpangan atau ia terpaksa dimulakan semula."Apabila saya mengambil alih (sebagai presiden) pada tahun 2005 saya telah menentang doping yang menjadi keutamaan saya. Saya mengakui acara basikal mempunyai budaya dadah. Berbasikal telah pergi jauh. Saya tidak mempunyai niat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UCI," kata McQuaid.Pengarah Tour de France Kristian Prudhomme menyifatkan keputusan UCI "benar-benar logik" dan mengulangi hasratnya bahawa kemenangan yang pernah dicapai Armstrong tidak akan diganti dengan pelumba lain."Kami berharap tidak ada pemenang dalam kesemua edisi ini," katanya. "Satu keputusan rasmi mesti diambil oleh UCI tetapi bagi kita, ia sangat jelas, rekodnya mesti dibiarkan kosong."Jawatankuasa pengurusan UCI akan bermesyuarat pada hari Jumaat untuk membincangkan isu ini.Armstrong, 41, digantung seumur hidup oleh Usada terhadap apa yang dipanggil organisasi itu sebagai "program doping yang paling canggih, profesional dan berjaya yang pernah dilihat dalam sukan."Pelumba asal Amerika itu, yang sebelum ini telah menghidap kanser sebelum pulih dan kembali ke gelanggang berbasikal secara profesional, memenangi Tour de France dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut dari 1999-2005.Beliau sentiasa menafikan tuduhan doping tetapi memilih untuk tidak melawan dakwaan yang difailkan terhadapnya.