Pemenang Pingat Emas SUKIPT Bakal Ditawar Biasiswa KPT - Sukan | mStar

Pemenang Pingat Emas SUKIPT Bakal Ditawar Biasiswa KPT

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 bakal ditawarkan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Setiausaha Bahagian Sukan KPT Dr Shaharudin Ismail berkata bagi pelajar tahun akhir yang meraih emas pada temasya berkenaan pula, mereka tidak akan ditawarkan biasiswa sebaliknya diberikan insentif lain.

"Bagi pelajar separuh masa, kita merancang memberikan skim khas kepada mereka. Kita harap tidak akan ada keciciran terutama kepada pelajar Kolej Komuniti yang belajar dalam tempoh tiga bulan.

"Mereka juga berhak mendapat biasiswa menyambung pengajian di Politeknik," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat SUKIPT 2012 di Hotel Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, Selasa.

SUKIPT 2012, temasya dwitahunan yang julung kali diadakan, bermula Ahad ini sehingga 11 Nov depan dan menawarkan sebanyak 213 pingat emas.

Mengulas lanjut, Shaharudin berkata pemberian biasiswa itu akan bergantung kepada pencapaian akademik dan sukan pelajar terbabit sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Mereka perlu cemerlang dalam akademik dan terus aktif dalam sukan, tidak boleh bergantung dengan satu pencapaian sahaja kecuali mereka mengalami kecederaan atau masalah kesihatan," katanya.

Beliau berkata bagi pemenang pingat perak dan gangsa, mereka akan menerima insentif lain yang akan diumumkan kemudian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan SUKIPT 2012 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Ahad ini.

Shaharudin berkata seramai 15,000 peserta yang terdiri daripada atlet, pegawai dan sukarelawan akan terlibat sepanjang temasya itu, yang menampilkan penyertaan 101 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta Kolej Komuniti.

Temasya itu akan mempertandingkan 15 acara sukan termasuk tujuh kejohanan utama kementerian yang diadakan sejak Mac lepas.

Tujuh kejohanan itu ialah Kejohanan Golf IPT, Kejohanan Ping Pong IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi, Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri, Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3 IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi, Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi, Kejohanan Perlumbaan Bot Varsiti dan Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi.

Setakat ini, UiTM mendahului kontinjen lain dengan kutipan 17 pingat emas, tiga perak dan 10 gangsa.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tempat kedua selepas mengumpul empat pingat emas, empat perak serta tiga gangsa manakala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di kedudukan ketiga dengan empat emas dan tiga perak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

MSN Serah Kontrak Kepada Yang Zhuliang Isnin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain