suria

Masih Ada Lagi Harapan Buat Koo-Tan

ODENSE: Impian untuk menang mungkin tidak menyebelahi nasib pemain beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pada Terbuka Denmark tetapi mereka mendapat pujian daripada bekas jaguh Olimpik dan juara dunia, Park Joo-bong.

Pemain Malaysia itu membiarkan peluang yang baik untuk mendapatkan gelaran Siri Super mereka yang pertama apabila ditewaskan oleh pasukan Korea Selatan, Yoo Yeon-Seong dan Shin Baek-Cheol dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Pasangan itu telah mengalahkan Lee Yong-Dae dan Ko Sung-Hyun dari Korea Selatan yang lebih digemari dalam pusingan pembukaan dan memperoleh kemenangan sensasi terhadap Matias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark pada separuh akhir.

Joo-Bong, yang menjadi jurulatih Jepun tetapi berkemungkinan akan menyertai Malaysia semula sebagai pengarah jurulatih negara tahun depan, berkata bahawa beliau boleh mengambil banyak yang positif daripada prestasi pasangan regu itu.

“Saya melihat fokus dan tumpuan yang lebih baik. Dalam perlawanan menentang Denmark, saingan begitu sengit tetapi Koo dan Tan tidak rebah di bawah tekanan kerana mereka sudah biasa dengannya,” kata Joo-Bong.

“Ia adalah jelas bahawa mereka menunjukkan motivasi yang banyak dan tidak mudah berputus asa. Perubahan sikap ini boleh menjadi baik buat mereka tetapi mereka perlu mengekalkannya.”

Kien Keat-Boon Heong telah berjuang untuk dua tahun lepas dengan pencapaian yang tidak konsisiten.

Kerjasama mereka juga terganggu kerana masalah komunikasi dan latihan.

Ketika ditanya sekiranya Kien Keat dan Boong Heong boleh menjadi pesaing selayaknya untuk gelaran pada Kejohanan Dunia tahun depan, Joo-bong berkata: “Ia semua bergantung pada mereka. Terdapat banyak pasangan baru cuba untuk memantapkan diri mereka dan saya melihat kualiti beregu lelaki akan jauh lebih baik pada tahun depan.”

Dalam Terbuka Denmark, Yeon Seong dan Baek Cheol beregu untuk pertama kali dan merupakan antara mereka yang bertukar pasangan refy pada musim ini.

Mereka yang lain termasuk Yong Dae dan Sung Hyun; Zhang Nan dan Chai Biao dari China, Markis Kido dan Alven Yulianto dari Indonesia, Hendra Gunawan dan Mohd Ahsan (Indonesia), dan Joachim Fisher Nielsen dan Jonas Rasmussen serta Rasmus Bonde dan Mads Conrad Peterson, kedua-dua regu dari Denmark.

“Zhang Nan dan Chai Bo dari China mempunyai potensi untuk menempa kejayaan besar. Yong Dae dan Sung Hyun hanya boleh menjadi lebih baik,” kata Joo Bong.

Pemain nombor enam dunia, Kien Keat dan Boon Heong berkemungkinan akan bertembung dengan pasangan Yong Dae dan Sung Hyun dalam suku akhir pada Terbuka Perancis minggu ini.

Artikel Lain