suria

Hoki Piala Tun Razak: Pahang & Terengganu Layak Ke Separuh Akhir

KUANTAN: Pahang dan Terengganu layak ke separuh akhir Divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak edisi ke-50 selepas perlawanan Kumpulan B berakhir di Stadium Hoki Kuantan di sini, malam Jumaat.

Pahang muncul juara kumpulan dengan mengumpul tujuh mata lepas seri 1-1 dengan Johor manakala Terengganu menjadi naib juara setelah membelasah Pulau Pinang 8-2 pada perlawanan terakhir kumpulan.

Dalam perlawanan separuh akhir Ahad ini, Pahang akan menentang naib juara Kumpulan A, Negeri Sembilan pada separuh akhir manakala Terengganu akan berdepan dengan juara bertahan Kuala Lumpur, selaku juara Kumpulan A.

Sementara dalam perlawanan Divisyen 2, Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengatasi Melaka 3-1 untuk mendahului saingan dengan 13 mata selepas lima perlawanan.

Dalam pada itu, Kelantan mengakhiri saingan musim ini di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan apabila dibelasah Perlis 3-10 manakala Polis (PDRM) mencapai kemenangan kedua dengan mengalahkan Kedah 6-1. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain