suria

Hujan Beri Kesan Kepada Kami: Hodgson

Glik memadamkan hasrat England untuk meraih kemenangan selepas menyamakan kedudukan pada minit ke-70 perlawanan.
Glik memadamkan hasrat England untuk meraih kemenangan selepas menyamakan kedudukan pada minit ke-70 perlawanan.
Glik memadamkan hasrat England untuk meraih kemenangan selepas menyamakan kedudukan pada minit ke-70 perlawanan.

PENGURUS England, Roy Hodgson melahirkan rasa kecewa selepas pasukannya hanya terikat seri 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia (Kump H) bertemu Poland, awal pagi Khamis di Stadium Nasional Warsaw.

Hodgson mengakui, pemain-pemainnya gagal mempamerkan aksi baik selepas masa perlawanan sebenar ditangguhkan kerana hujan lebat yang menyebabkan stadium dipenuhi air.

"Semalam saya penuh yakin semua pemain akan bermain dengan baik, namun perasaan itu hilang hari ini.

"Mungkin kerana mereka tidak menunjukkan corak permainan sebenar. Saya tidak mahu salahkan mereka kerana kedua-dua pasukan turut menerima kesan daripada keadaan ini," jelasnya.

Pemain-pemain Poland dilihat menguasai padang, manakala anak buah Hodgson sedikit kucar-kacir selepas meraih kemenangan menang besar ke atas San Marino (5-0) Sabtu lalu.

Bagi Hodgson, dia lebih suka melihat catatan keputusan yang lebih besar, dan semua mata berjaya dikumpul malah turut berada di kedudukan teratas kumpulan dengan lapan mata.

"Lapan mata setakat ini dan ia merupakan satu kedudukan yang baik dengan apa yang telah kami lakukan sekarang," tambahnya.

Dalam aksi tersebut, Wayne Rooney berjaya membuka jaringan awal perlawanan pada minit ke-31, sebelum pemain Poland, Kamil Glik menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Sehingga kini England masih mengekalkan status tanpa kalah dalam 11 perlawanan di bawah pengurusan Hodgson.

"Dalam aksi peringkat kelayakan, banyak perkara yang tidak menjadi.

"Ia sesuatu yang penting untuk cuba mendapatkan keputusan yang baik," tambahnya.

KUMP H: England , Montenegro, Poland, Moldova, Ukraine, San Marino

Artikel Sebelum

Artikel Lain