suria

Sweden Seri 4-4 Dengan Jerman

BERLIN: Sweden bangkit menjaringkan empat gol dalam separuh masa kedua dalam pertembungan dramatik dengan Jerman, sekali gus mengikat juara dunia itu seri 4-4 pada kelayakan Piala Dunia Zon Eropah, di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi Rabu.

Pemain tengah, Rasmus Elm mencatat sejarah tersendiri apabila menyamakan kedudukan dengan rembatan kaki kanan pada minit ke-93 apabila Sweden ketinggalan 4-0 dalam tempoh 30 minit sebelum tamat perlawanan.

Pemain Jerman, Joachim Loew berterima kasih kepada dua gol awal dari Miroslav Klose sebelum pemain Arsenal, Per Mertesacker menyumbat satu gol buat Jerman.

Mesut Ozil kemudian meneruskan kemaraan dengan meledakkan satu gol menjadikan Jerman mendahului dengan selesa.

Bagaimanapun, detik selesa Jerman musnah apabila Erik Hamren menjaringkan gol Sweden yang diketuai kapten Zlatan Ibrahimovic, sebelum pemain kelab Celtic, Mikael Lustig menambah jaringan.

Sweden terus menggegarkan tuan rumah dengan jaringan Johan Elmander dan diakhiri dengan penyamaan mengejut oleh Elm.

“Ia masih perasaan yang pelik di dalam bilik persalinan, ia buka setiap hari berada di pentas antarabangsa untuk anda kembali menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 4-0,” kata Hamren.

“Datang ke Jerman dan mendapatkan mata ketika menentang salah satu pasukan terbaik dunia adalah luar biasa.

“Ini adalah perlawanan penuh sejarah, saya sangat bangga dengan pasukan saya dan cara mereka berlawan,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain