suria

Persatuan Lumba Basikal Terengganu Gilap Bakat Pelapis

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) sedang giat menggilap bakat baru dengan seramai 60 pelumba remaja bawah 14 tahun sedang diberi latihan.

Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka akan diketengahkan menerusi beberapa siri kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia. "Mereka kini diletak di bawah program pembangunan atlet dan kita akan asuh atlet-atlet ini supaya mereka boleh mencapai tahap tertinggi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PLBT juga sedang mencari lebih ramai pelumba wanita bagi membanyakkan lagi enam pelumba sedia ada. "Pencarian pelumba wanita akan dibuat dari semasa ke semasa dan kita akan melakukan pencarian bakat baru termasuk di kawasan pedalaman dan daerah sekitar Terengganu," katanya.

Terengganu telah berjaya melahirkan ramai pelumba basikal yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seperti Azizul Hasni Awang, Anuar Manan, Mohd Hariff Salleh dan Nur Fateha Mustapa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain