suria

Kelayakan Piala Dunia: Perancis Ikat Sepanyol 1-1

MADRID: Penyerang Arsenal, Olivier Giroud meledak pada minit terakhir permainan untuk membolehkan Perancis seri 1-1 dengan Sepanyol, dalam saingan Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah, Stadium Vicente Calderon awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah terlebih dulu membuka tirai jaringan menerysi Sergio Ramos pada minit ke-25 untuk mendahului sepanjang separuh masa pertama.

Dalam perlawanan itu, Hugo Lloris menyelamatkan beberapa percubaan bahaya daripada pemain Sepanyol termasuk penalti pada separuh masa pertama menerusi Cesc Fabregas.

Dengan keputusan itu, Perancis dan Sepanyol kini berkongsi tujuh mata, iaitu tiga mata mendahului Georgia. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain