suria

Kelayakan Piala Dunia: Itali Benam Denmark 3-1

MILAN: Mario Balotelli kembali dalam aksi antarabangsanya dengan menyumbat gol ketika Itali yang bermain dengan 10 pemain menang 3-1 ke atas Denmark dalam saingan kelayakan Piala Dunia, awal pagi Rabu.

Penyerang Manchester United itu sebelum terlepas daripada beraksi kerana menjalani pembedahan mata pada September lalu dan menghidap selsema ketika Itali bertemu Armenia, Jumaat lalu.

Namun bekas penyerang Inter Milan itu kembali menggegarkan skuad Azzurri di depan penyokong Itali, sekali gus mengecewakan skuad Denmark bimbingan Morten Olsen.

Itali menggegarkan jaring lawan menerusi penyerang AC Milan, Riccardo Montolivo pada minit ke-33, sebelum penyerang Roma, Daniele De Rossi memperoleh gol kedua dua minit kemudian.

Masuk separuh masa kedua, Denmark mendapat gol sagu hati menerusi Willian Kvist pada minit ke-46.

Balotelli menambah derita Denmark menerusi jaringan pada minit ke-54 untuk menjadikan kedudukan 3-1. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain