suria

Belanda Tewaskan Romania 4-1

BUCHAREST: Belanda melakukan lonjakan cemerlang dalam saingan kelayakan Kumpulan D Piala Dunia Zon Eropah apabila menang selesa 4-1 ke atas Romania, awal pagi Rabu.

Gol Belanda dihasilkan menerusi Jeremein Lens, Bruno Martens dan Rafael van der Vaart untuk mengusai separuh masa pertama manakala penyerang Manchester United, Robin van Persie menambah derita pasukan tuan rumah tiga minit sebelum permainan tamat.

Romania bagaimanapun mendapat gol sagu hati pada minit terakhir menerusi Ciprian Marica.

Dengan kemenangan itu, skuad bimbingan Louis van Gaal memperoleh 12 mata daripada empat perlawanan dan dilihat tidak mempunyai masalah untuk layak secara automatik. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain