suria

Messi Ledak Dua Gol Argentina Benam Uruguay 3-0

MENDOZA: Penyerang Barcelona, Lionel Messi menyumbat dua jaringan pada separuh masa kedua bagi membawa kemenangan 3-0 Argentina ke atas Uruguay dalam kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan, awal pagi Sabtu.

Satu lagi gol dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-75. Messi meledak pada minit ke-66 dan ke-80 menerusi sepakan percuma dalam perlawanan yang menyaksikan tuan rumah menguasai bola di Stadium Malvinas Argentinas.

Dengan keputusan itu, Argentina memperoleh 17 mata dalam lapan perlawanan.

Colombia dan Ecuador yang turut mencatat kemenangan hari ini meningkat kepada masing-masing 16 mata manakala Uruguay dan China masing-masing 12 mata. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain