suria

Jepun Aibkan Perancis 1-0

PARIS: Persiapan Perancis untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah menentang Sepanyol, Selasa depan agak goyah apabila dikejutkan Jepun 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stade de France, awal pagi Sabtu.

Pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa menjadi hero Jepun apabila menperoleh jaringan tunggal pada minit ke-88. Pasukan tuan rumah lebih banyak mengawal rentak permainan namun tiada penyudahan terbaik.

Ia adalah kemenangan kali pertama Jepun ke atas Perancis dalam enam pertemuan sebelum ini.

Keputusan itu juga adalah kekalahan pertama skuad Perancis bimbingan Didier Deschamps dalam empat perlawanan sejak mengambil alih daripada Laurent Blanc.

Bekas jurulatih Marseille itu berharap skuad itu berupaya bangkit untuk menentang juara dunia dan Eropah, Sepanyol dalam perlawanan dianggap kritikal dalam Kumpulan I. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain