suria

Itali Menang 3-1 Ke Atas Armenia

YEREVAN: Itali mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan B apabila menundukkan Armenia 3-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah, awal pagi Sabtu.

Kemenangan bergaya itu dikecapi selepas pengurus Cesare Prandelli meminta komitmen lebih hebat pemainnya selepas beraksi hambar sebelum ini apabila seri 2-2 dengan Bulgaria dan hanya menang 2-0 ke atas Malta.

Namun perlawanan awal pagi tadi menyaksikan kebangkitan semula skuad Azzurri apabila penyerangnya Andrea Pirlo meledak gol.

Dua lagi gol dihasilkan menerusi dua penyerang berbisa dari Roma, Daniele De Rossi dan Pablo Osvaldo. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain