suria

Rooney Dipilih Sebagai Kapten England

Rooney (kiri) dipilih sebagai kapten England pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino awal pagi Sabtu.
Rooney (kiri) dipilih sebagai kapten England pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino awal pagi Sabtu.
Rooney (kiri) dipilih sebagai kapten England pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino awal pagi Sabtu.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney dinamakan sebagai kapten England menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino awal pagi Sabtu di Wembley.

Rooney dipilih sebagai kapten pasukan berikutan penggantungan Steven Gerrard, manakala Frank Lampard tidak beraksi kerana kecederaan lutut sekaligus penghormatan buatnya untuk mengetuai perlawanan tersebut.

Rooney telah mencatat 76 kap sejak membuat penampilan pertama sejak 2003, dengan 29 gol bagi aksi antarabangsa.

Dia pernah menjadi kapten sebelum ini ketika perlawanan persahabatan bertemu Brazil di Doha, 2009.

"Ia satu penghargaan buat saya. Sesuatu yang saya banggakan dan ia juga cabaran buat saya.

"Saya memang mengimpikannya dan dalam masa sama kami turut mencapai keputusan yang baik," jelas Rooney.

Pengurus pasukan Roy Hodgson tidak membincangkan perkara berkaitan pemilihan pemain, tetapi dia mengalu-alukan Rooney mengetuai skuadnya.

"Saya tidak pernah berbincang berkenaan pemain dengan pasukan, tetapi saya yakin Wayne Rooney tahu fungsinya ketika permainan serta sentiasa berada di sisi saya sebagai kapten pasukan.

"Saya memang mengalu-alukan dia kembali ke pasukan selepas sembuh daripada kecederaannya dan gembira dapat bekerjasama dengannya ketika aksi Euro," katanya.

San Marino merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang tidak mempunyai mata ranking FIFA, dan telah mencatat 473 gol dalam 114 perlawanan antarabangsa.

Rooney berkata, skuad England tidak boleh memandang ringan kepada pasukan yang berada di ranking yang rendah dan perlu menang sebelum berkunjung ke Warsaw pada Selasa depan.

"Saya rasa kita perlu fokus kepada pasukan sendiri dan bermain dengan permainan sendiri.

"Kami telah bekerja keras dan pengurus telah memberikan yang terbaik dan beliau mahu kami tumpukan kepada apa yang telah dibuat ketika latihan," kata Rooney.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain