suria

Golf: Na Yeon Kekal Pendahulu Selepas Pusingan Kedua

Yeon Choi melakukan pukulan dari dalam bunker di lubang ketujuh pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2012 di Kuala Lumpur Golf & Country, Jumaat. Foto: BERNAMA
Yeon Choi melakukan pukulan dari dalam bunker di lubang ketujuh pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2012 di Kuala Lumpur Golf & Country, Jumaat. Foto: BERNAMA
Yeon Choi melakukan pukulan dari dalam bunker di lubang ketujuh pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2012 di Kuala Lumpur Golf & Country, Jumaat. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Choi Na Yeon berjaya mengekalkan status pendahulu dengan kelebihan dua pukulan selepas saingan pusingan kedua Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2012 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGC) di sini, Jumaat.

Pemain Korea Selatan, yang menghuni ranking keempat dunia, membenam enam birdie dan dua bogey untuk melakarkan empat bawah par 67, sekali gus merekodkan 10 bawah par 132 selepas dua pusingan.

Choi memulakan pusingan kedua dengan melakukan tiga birdie pada lubang ketiga, kelima dan keenam manakala dua bogey pada lubang ke-11 dan 17.

"Saya fikir saya masih dalam kedudukan baik dan berpuas hati dengan permainan hari ini. Saya hanya menumpukan kepada permainan saya tanpa memikirkan aksi pemain lain," kata pemain berusia 25 tahun itu.

Pemain dari Amerika Syarikat, Sydnee Michaels, yang menghuni tempat ke-16 dengan 69 semalam, melonjak ke tempat kedua apabila melakukan catatan enam bawah par 65.

"Saya memberikan diri peluang birdie yang baik setiap kali melakukan pukulan putt yang lancar. Secara keseluruhan, ini ada pusingan yang mantap," kata Sydnee yang berjaya mengumpul 134 pukulan selepas dua pusingan.

Empat lagi pemain berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan catatan sama tujuh bawah par 135 iaitu Suzann Pettersen dari Norway, Lizette Salas dari Amerika Syarikat dan dua pemain Jepun, Momoko Ueda dan Mika Miyazato.

Pendahulu bersama semalaman, Karrie Webb dari Australia berkongsi tempat ketujuh dengan empat lagi apabila melakukan mengumpul enam bawah par 136.

Sementara itu, wakil negara Aretha Pan, menjadi pemain terbaik Malaysia dengan kedudukan tempat ke-54 dengan jumlah 146 pukulan.

Manakala dua lagi pemain profesional negara Jean Chua dan Ainil Johani Abu Bakar masing-masing menduduki tempat ke-60 dan 66 sementara pemain amatur negara S. Sarfina Vinota tercorot di tempat ke-70.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain