suria

Terbuka AS: Nicol Mara Ke Suku Ahkir, Wee Wern Kandas di Pusingan Pertama

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2012 yang berlangsung di Drexel University, Philadelphia pada Isnin.

Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.usopensquash.com, Nicol menundukkan pemain Perancis Camille Serme dengan 11-6, 11-8 dan 11-8 dalam tempoh 42 minit. Beliau dijadual bertemu Alison Waters dari England pada suku akhir.

Waters yang baru-baru ini menundukkan Nicol pada Terbuka Carol Weymuller di New York, menyingkirkan pemain pilihan kelapan Natalie Gringham dari Belanda dalam perlawanan lima set dengan 12-10, 5-11, 8-11, 11-5 dan 11-7.

Sementara itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern disingkir daripada kejohanan oleh pemain nombor dua dunia Reneem El Weleily dari Mesir dengan 8-11, 11-5,8-11 dan 5-11 dalam masa 38 minit. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain