suria

Komen Tidak Sopan, Cole Didenda Oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris

Cole dikenakan denda selepas membuat kenyataan tidak sopan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris.
Cole dikenakan denda selepas membuat kenyataan tidak sopan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris.
Cole dikenakan denda selepas membuat kenyataan tidak sopan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris.

PEMAIN pertahanan England dan Chelsea, Ashley Cole dikenakan denda oleh persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berhubung komennya di laman sosial, Twitter pada Jumaat lalu.

Cole bakal berdepan dengan tindakan disiplin oleh kelabnya, Chelsea dan juga FA selepas dia memberi reaksi tidak berpuas hati dengan menulis bunch of t***s mengenai keputusan FA kepada John Terry.

Cole menggunakan ayat tidak sopan kepada FA di laman Twitternya selepas dia dituduh melindungi Terry ketika menjadi saksi dalam perbicaraan kes perkauman di antara Terry dan pemain QPR, Anton Ferdinand.

Pihak FA telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan komen Cole.

"Pemain Chelsea, Ashley Cole didenda oleh FA berhubung dengan kenyataan dalam laman Twitter yang boleh memberi kesan buruk .

"Cole mempunyai masa sehingga pukul 4 petang Khamis ini untuk membela diri," jelas kenyataan FA.

Pemain pertahanan kiri ini turut disenaraikan dalam skuad Roy Hodgson menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan Poland tetapi bekas penyerang England, Alan Shearer menyokong sekiranya Cole digantung daripada beraksi.

"Saya rasa FA boleh membuat keputusan besar, bukan hanya denda tetapi perlu menggantungnya daripada beraksi menentang San Marino Jumaat ini," jelasnya.

Bagaimanapun pihak FA tidak memberi maklumat jelas mengenai denda yang dikenakan kepada Cole.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain