suria

Isu Cole Selesai Sepenuhnya: Hodgson

Cole (kiri) belum pasti beraksi pada Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino dan Poland minggu ini.
Cole (kiri) belum pasti beraksi pada Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino dan Poland minggu ini.
Cole (kiri) belum pasti beraksi pada Kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino dan Poland minggu ini.

PENGURUS England, Roy Hodgson yakin isu berkaitan pemain pertahannya, Ashley Cole dan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sudah selesai sepenuhnya.

Hodgson berkata, situasi tersebut telah selesai dengan baik, namun dia belum membuat sebarang kenyataan berkenaan pemilihan Cole untuk beraksi pada Kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan Poland minggu ini.

Cole telah memohon maaf secara peribadi kepada pengerusi FA, David Bernstein selepas membuat komen tidak sopan di laman Twitternya Jumaat lalu.

Pemain pertahanan Chelsea ini terpilih menyertai skuad England sebelum isu tersebut sekaligus mencerahkan peluangnya untuk mencatat 100 kap bersama England.

Tetapi Hodgson belum membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan Cole atau memilih pemain Everton, Leighton Baines bagi dua perlawanan ini.

"Apa yang paling menarik sekali, kami mempunyai ramai pemain yang bersaing untuk merebut tempat di dalam skuad, dan siapa yang telah menunjukkan prestasi terbaik, dia akan diberi peluang.

"Jadi ia juga satu keadaan yang baik jika mempunyai masalah, dan paling penting saya berterima kasih kasih kepada pengerusi kerana menerima permohonan maaf Ashley," jelas Hodgson.

Hodgson menambah; "Saya sedar perasaan kecewanya menghadapi situasi ini dan saya memberitahunya masalah telah selesai.

"Dia (Cole) telah bermain 98 kali dan jarang melihat dia tidak beraksi ketika dia berada dalam keadaan cergas.

"Dia juga telah dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan kiri terbaik beberapa tahun, dan tiada siapa yang layak untuk mengkritik komitmennya kepada England.

"Saya gembira dia tidak meletakkan posisinya dalam bahaya".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain