suria

Kelab China Sedia Tawar Gaji £1 Juta Sebulan Kepada Lampard

Frank Lampard
Frank Lampard
Frank Lampard

LONDON: Kelab dari Liga Super China,Shanghai Shenhua, khabarnya bersedia menawarkan gaji sebanyak £250,000 seminggu selepas cukai kepada pemain Chelsea, Frank Lampard.

Dalam laporan eksklusifnya pada Selasa, akhbar UK, The Sun mendedahkan, sebuah lagi kelab China, Beijing Guoan turut bersedia menawarkan gaji yang sama banyak kepada pemain tengah England itu.

Buat masa ini, bekas rakan Lampard di Chelsea, Didier Drogba sedang bermain untuk Shanghai Shenhua.

Berdasarkan kontrak semasa, Lampard, 34, boleh berunding dengan mana-mana kelab menjelang Januari depan memandangkan dia bakal menjadi pemain bebas pada penghujung musim ini sekiranya Chelsea tidak memperbaharui kontraknya.

Untuk rekod, Lampard telah beraksi selama 11 tahun di Stamford Bridge.

Buat masa ini, Chelsea mengamalkan polisi hanya menawarkan kontrak lanjutan selama setahun kepada mana-mana pemain yang telah mencapai usia melebihi 30 tahun.

Jika Lampard bersedia menerima tawaran dari kelab China itu, ini bermakna dia boleh memperolehi pendapatan maksimum sehingga £36 juta jika mengikat kontrak tiga musim.

Artikel Berikut