suria

Liga Europa: Liverpool Tewas Di Laman Sendiri

Pemain-pemain Udinese meraikan kemenangan ke atas Liverpool awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Udinese meraikan kemenangan ke atas Liverpool awal pagi Jumaat.
Pemain-pemain Udinese meraikan kemenangan ke atas Liverpool awal pagi Jumaat.

PASUKAN Liverpool masih mempunyai peluang untuk beraksi dalam Liga Europa selepas tewas 2-3 kepada Udinese dalam aksi Kumpulan A, awal pagi Jumaat.

Biarpun menguasai permainan pada babak pertama dengan jaringan awal pada minit ke-23 oleh Jonjo Shelvey, anak buah Brendan Rodgers ini gagal menyekat serangan lawan apabila Antonio Di Natale menyamakan kedudukan sebaik sahaja babak kedua bermula.

Sebastian Coates dan Giovanni Pasquale membuktikan kunjungan mereka ke Anfield tidak disia-siakan untuk mengutip mata penuh selepas menjaringkan gol kedua dan ketiga.

Penyerang sensasi The Reds, Luis Suarez bangkit mengejar jaringan minit ke-75 untuk gol kedua pasukannya, namun agak terlewat untuk menembusi gawang bagi menyamakan kedudukan.

Kekalahan ini meletakkan pasukan Liverpool di tangga ketiga kumpulan, belakang Anzhi dan Udinese.

Mereka akan berdepan dengan Anzhi pada 25 Oktober ini.

Senarai pemain:

LIVERPOOL: Reina 6, Johnson 7, Coates 6, Carragher 6, Robinson 6, Henderson 7, Allen 6, Shelvey 7, Downing 7, Borini 6, Assaidi 6. Subs: Suarez 7, Gerrard 7, Sterling 7.

UDINESE: Brkic 6, Benatia 6, Danilo 7, Domizzi 6, Faraoni 6, Agyemang-Badu 6, Pinzi 7, Pasquale 8, Pereyra 6, Di Natale 9, Armero 5. Subs:, Ranegie 6, Lazzari 7, Willians 6.

Artikel Lain