Velodrom Tertutup Di Seremban Perlu Segera Dibina Sebelum Olimpik Rio - Sukan | mStar

Velodrom Tertutup Di Seremban Perlu Segera Dibina Sebelum Olimpik Rio

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata velodrom tertutup bertaraf antarabangsa yang dicadang dibina di Seremban perlu siap lebih awal sebelum Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada 2016.

Ahmad Shabery berkata saiz velodrom tertutup itu tidak perlu terlalu besar tetapi mesti lengkap dan memenuhi piawaian antarabangsa serta menjadi sebuah pusat perkembangan sukan berbasikal di rantau ini.

"Apa yang penting pembinaan velodrom itu perlu disegerakan. Kita mahu ia menjadi pusat latihan untuk para atlet berbasikal kita menghadapi Sukan Olimpik, Rio pada 2016.

"Peruntukan sudah ada ia perlu dibina segera. Selain itu dengan adanya velodrom tersebut Malaysia boleh menganjurkan kejohanan terbesar dunia. Jadi ini akan melonjakkan nama negara sebagai satu mercu tanda dalam sukan berbasikal di peringkat antarabangsa," katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga wartawan sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Allahyarham Zulhilmi Supaat di Kampung Nakhoda, Selayang di sini hari ini. Allahyarham meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

Ahmad Shabery berkata pembinaan velodrom bertaraf antarabangsa perlu berhampiran pusat bandar dan cadangan untuk membina velodrom berhampiran Nilai, Negeri Sembilan juga antara lokasi pilihan dan masih dalam pertimbangan.

"Jika menganjurkan kejohanan berbasikal dunia, kita perlu fikirkan tentang aspek penginapan sama ada cukup atau tidak, kerana ia melibatkan pelumba berbasikal bertaraf dunia," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013, Jumaat lepas, mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain