suria

Terengganu Pertaruh Dua Pelumba Emas Sukma Ke Cabaran Bebasikal Bukit Langkawi

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mempertaruhkan dua pelumba yang memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 lepas bagi menggalas cabaran negeri itu pada Cabaran Berbasikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2012.

Ketua jurulatih Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pelumba itu Nor Amirul Fakhruddin Marzuki dan Nurul Shuhada Zainal yang merangkul emas dalam acara lebuh raya pada Sukma lepas diharap dapat memberikan saingan sengit dalam kejohanan yang berlangsung pada 15 hingga 20 Oktober ini.

"Penyertaan Terengganu bukanlah mengutamakan kemenangan tetapi bagi menimba pengalaman memandangkan pelumba-pelumba bertaraf dunia bakal menyertai kejohanan itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya pelumba Terengganu menjalani latihan sejak selepas hari raya lalu bagi persiapan menghadapi kejohanan itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain