suria

Liga Juara-Juara: Puyol Cedera Siku Kiri

Puyol diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan siku kirinya.
Puyol diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan siku kirinya.
Puyol diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan siku kirinya.

KAPTEN Barcelona, Carles Puyol dihantar ke hospital selepas mengalami terseliuh siku kirinya ketika menang 2-0 ke atas Benfica pada saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Pemain pertahanan memulakan aksi pertamanya sejak berehat panjang kerana kecederaan lutut, namun malang menimpanya sekali lagi selepas terjatuh ketika cuba mendapatkan bola.

Puyol,34, dikeluarkan pada minit ke-78 dan digantikan dengan Alex Song.

Sementara itu, dua gol kemenangan ini dijaringkan oleh Alexis Sanchez dan Cesc Fabregas.

Catalans ini juga turut mengumpul lapan mata dalam enam perlawanan mengatasi Real Madrid pada aksi La Liga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain