suria

Tenis: Monaco Julang Trofi Terbuka Malaysia 2012

Pemain Argentina, Juan Monaco bersama trofi kemenangannya selepas menjuarai perlawanan akhir perseorangan ATP Tour Malaysian Open Kuala Lumpur 2012 menentang pemain Perancis, Julien Benneteau di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad. Monaco menang, 7-5, 4-6 dan 6-3. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Edisi keeempat Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ATP sekali lagi menampilkan juara baru musim 2012 selepas Juan Monaco dinobatkan sebagai pemenang selepas menumpaskan Julien Benneteau, 7-5,4-6,6-3 pada aksi akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Pertama kali beraksi di Malaysia, Benneteau-Monaco mempamerkan aksi yang memukau dengan corak permainan agresif dan masing-masing tidak mahu mengalah sehingga permainanan diheret ke rubber set.

Pada set pertama, Benneteau dari Perancis menguasai perlawanan, namun Monaco yang lebih bijak membaca pergerakan pemain Perancis itu berjaya bangkit mengikat kedudukan dengan memenangai set kedua.

Corak permainan baseline yang ditonjolkan Monaco berjaya memerangkap Benneteau yang cuba mengejarnya pada set ketiga.

Permainan yang dilihat seimbang ini akhirnya menjadi milik Monaco dalam tempoh tiga jam perlawanan sekaligus meraih gelaran keempat musim ini, manakala rekod ketujuh sepanjang kariernya selepas turut menjulang trofi pada Terbuka Jerman Julai lalu.

"Perlawanan yang sungguh menakjubkan dan saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini. Permainan juga amat sengit namun saya berpuas hati walaupun sedikit terkejut Benneteau menang pada set kedua kerana dia kelihatan letih.

"Pertama kali beraksi di sini dan sudah tentu saya akan kembali lagi pada tahun depan," jelas pemain kelahiran Argentina ini.

Sementara itu, Benneteau yang terpaksa menerima rawatan sikunya pada set pertama sedikit kecewa kerana gagal menjuarai kejohanan ini.

"Keadaan siku agak tidak baik setiap kali cuba melakukan servis pada perlawanan ini. Sebenarnya sudah dua hari saya berasa sakit dan tidak pasti punca sebenar.

"Pun begitu saya telah memberikan segala, tetapi masih tidak mencukupi," tambah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 dalam acara beregu ini.

Dengan kemenangan, Monaco yang kini berada di ranking ke-11 dunia membawa balik hadiah kemenangan bernilai USD153,450 (RM470,000).

Selain itu dalam acara beregu, pasangan dari Austria-Brazil, Alexander Peya dan Bruno Soares muncul juara selepas menewaskan pasangan dari Britain, Colin Fleming-Ross Hutchins dengan 7-5,5-7 (0-1) dalam tempoh 1 jam 43 minit.

Kedua-dua pemain tersebut membawa balik wang tunai bernilai US46,620 (RM142,600).

Artikel Lain