suria

Lapan Pasukan Bersaing pada Kejohanan Kriket Jemputan Bawah 17 Tahun

SEREMBAN: Lapan pasukan termasuk enam dari luar negara akan bersaing pada Kejohanan Kriket Jemputan Antarabangsa Bawah 17 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2012 di SMK King George V di sini selama tujuh hari mulai 1 Oktober ini.

Naib Presiden Persatuan Kriket Negeri Sembilan Zakri Abdul Aziz berkata, pasukan tersebut ialah dari Pakistan dan Sri Lanka yang masing-masing menghantar dua pasukan, Hong Kong dan India masing-masing satu pasukan manakala dua lagi ialah sebuah pasukan dari Negeri Sembilan serta Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Selain memberi pendedahan kepada pemain tempatan, kejohanan ini juga bertujuan mempopularkan sukan kriket," katanya.

Zakri yang juga Pengerusi Teknikal Kriket MSSNS berkata selain trofi, medal dan sijil, kejohanan turut menawarkan hadiah wang tunai USD1,000 kepada johan dan naib johan USD500.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain