suria

Sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak Pasukan Pelapis Kebangsaan Pada 27-28 Sept Ini

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi mewakili pasukan bola sepak pelapis kebangsaan bagi musim 2013 di sini pada Khamis dan Jumaat ini.

Setiausaha Eksekutif, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Faizal Zainal berkata sesi pemilihan itu akan diadakan di padang Rahang Square di sini mulai pukul 8 pagi hingga 7 petang.

"Sesi pemilihan ini dijalankan bagi memilih pemain-pemain yang berusia 20 tahun ke bawah yang lahir pada 1992 hingga 1994," katanya, Isnin.

Sehubungan itu, beliau berharap pemain remaja yang berkebolehan di negeri ini agar tidak melepaskan peluang ini untuk menghadiri sesi pemilihan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat PBNS atau di talian 06-7628494, katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain