suria

Man United Tewaskan Liverpool 2-1

Van Persie melakukan sepakan penalti sekali gus memberi kemenangan kepada Man United pada aksi menentang Liverpool, Ahad.

MANCHESTER United merangkul kemenangan apabila menewaskan pasukan lawannya, Liverpool dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield pada malam Ahad.

Biarpun berjaya menewaskan Liverpool pada minit terakhir permainan, Man United dilihat gagal menguasai perlawanan sejak babak pertama.

Kapten The Reds menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-46 sebelum Rafael (m-56) menyamakan kedudukan.

Gol kemenangan Man United dilakukan oleh bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie (81') melalui sepakan penalti untuk keputusan 2-1 pada perlawanan yang turut memperingati insiden Hillsborough yang berlaku 23 tahun lalu.

Secara keseluruhannya tuan rumah yang menguasai perlawanan sejak wisel permulaan dan beraksi dengan 10 pemain apabila Jonjo Shelvey dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Mark Halsey kerana melakukan terjahan terhadap Jonathan Evans seawal minit ke-38.

Kemenangan itu membolehkan United melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan manakala Liverpool kekal antara pasukan tercorot pada awal musim ini dengan hanya meraih dua mata

Artikel Berikut

Artikel Lain