suria

David Luiz Sambung Kontrak Dengan Chelsea

LONDON: Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz telah menandatangani kontrak baru bernilai £30 juta untuk terus kekal bersama kelab itu selama lima tahun lagi.

Luiz, 25, yang juga merupakan pemain pertahanan Brazil bakal menerima gaji baru sebanyak £120,000 seminggu - sekaligus menjadikannya sebagai salah seorang pemain pertahanan dengan gaji yang paling tinggi dalam liga.

Chelsea ingin dengan segera mengikat Luiz untuk tempoh lima tahun lagi setelah mendapati Barcelona mahu membuat tawaran baru pada bulan Januari nanti iaitu apabila tempoh pintu perpindahan dibuka semula selama sebulan.

Sebelum ini Barcelona telah pun membuat tawaran lumayan sebanyak £30 juta ke atas Luiz tetapi ditolak oleh Chelsea.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo telah menggesa seorang lagi pemain pertahanan iaitu Ashley Cole supaya menyambung kontraknya untuk semusim lagi.

Kontrak pemain pertahanan berusia 31 tahun itu akan tamat menjelang penghujung musim ini dan kelab Perancis, PSG telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan khidmatnya Januari ini.

Bagaimanapun Di Matteo tidak mahu kehilangan pemain pertahanannya itu kepada kelab lain.

Artikel Berikut

Artikel Lain