Tenis Terbuka Malaysia: Wakil Negara Tewas Pada Aksi Kelayakan - Sukan | mStar

Tenis Terbuka Malaysia: Wakil Negara Tewas Pada Aksi Kelayakan

KUALA LUMPUR: Empat pemain negara kecundang pada pusingan kalayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu.

Mohd Assri Merzuki yang tampil pada aksi pembukaan kelayakan secara wild card tewas kepada pemain Filipina, Huey Treat Conrad, 6-2,5-7,62.

Diikuti pemain muda negara, Ahmed Deedat Abdul Razak yang tunduk straight set kepada Iglot Dominic dari Britain, 6-1,6-4.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Syed Mohd Agil Syed Naguib turut kecewa selepas tewas 7-6,6-1 kepada pemain Amerika Syarikat, Yani Michael.

Pemain veteran negara, Si Yew Ming menang mudah kepada rakan senegara, Wong Wei Ming, 6-3,6-1 namun pemain berusia 33 tahun itu tersekat pada aksi kedua kelayakan selepas tewas straight set kepada pemain India, Sanam Singh.

Ini bermakna, wakil tunggal Malaysia kategori perseorangan hanya akan tertumpu kepada seorang lagi pemain muda, Riez Elyaas Deen Heshaam,18, yang mendapat tiket wild card terus ke pusingan utama.

Keputusan penuh aksi pertama dan kedua pusingan kelayakan

Pusingan pertama:

Huey Treat Conrad (Phi) mn Mohd Assri Merzuki (MAS) 6-2,5-7,6-2

Si Yew Ming (MAS) mn Wong Colin Wei Ming (MAS) 6-3, 6-2

Inglot Dominic (GBR) mn Ahmad Deedat Abdul Razak (MAS) 6-1,6-4

Yani Micheal (USA) mn Syed Mohd Agil Syed Naguib (MAS) 7-5, 6-1

Pusingan kedua;

Sanam Singh (IND) mn Si Yew Ming (MAS) 6-0,1-6

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terbuka Jepun: Chong Wei Mara Ke Final

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel