suria

Sebastian Vettel Juarai Grand Prix Formula Satu Singapura

Sebastian Vettel. Foto AFP
Sebastian Vettel. Foto AFP
Sebastian Vettel. Foto AFP

SINGAPURA: Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai Grand Prix Formula Satu Singapura untuk dua tahun berturut-turut dalam perlumbaan yang berlangsung di sini pada Ahad, sekali gus mencatatkan kedudukan kedua dalam kejuaraan pelumba-pelumba Formula Satu.

Vettel mendahulu Lewis Hamilton McLaren yang mengetuai perlumbaan sehingga beliau mengalami masalah pada kotak gear pada pusingan ke-22 dan terpaksa menghentikan persaingan.

Rakan sepasukan Hamilton iaitu Jenson Button menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua, mendahului pelumba Ferrari, Fernando Aloson, yang mengangkat mata kejuaraannya dari 27 kepada 29 dengan enam perlumbaan untuk disertai. - AP

Artikel Lain