suria

Piala TPM: Pesilat Perlu Kekalkan Momentum Kejayaan Ke Laos

BATU PAHAT: Prestasi cemerlang pesilat mahasiswa negara di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) edisi ketiga perlu dijadikan pembakar semangat untuk meraih kejayaan lebih besar di Kejohanan Sukan Universiti Asean (SUA) Laos pada Disember ini.

Pengurus pasukan silat negara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Azli Pudin berkata pesilat yang bakal dipilih untuk mewakili negara ke Laos perlu berusaha untuk mengekalkan prestasi semasa mereka jika bercita-cita untuk bergelar pesilat bertaraf dunia. " Suka saya ingatkan bagi mereka yang bakal dipilih menerusi kejohanan Piala TPM dan beberapa kejohanan lain sebelum ini tidak meletakkan diri keadaan selesa kerana nama mereka boleh digugurkan bila-bila masa jika gagal kekalkan prestasi semasa," katanya kepada Bernama hari ini.

Azli berkata pihaknya mahu memastikan bahawa semua 28 pesilat yang dipilih nanti sentiasa berada dalam mood perlawanan.

KPT membuat keputusan menambah bilangan pesilat kepada 28 orang pada tahun ini berbanding hanya 10 pada SUA edisi Chiangmai, Thailand pada 2010.

Ia mensasar untuk membawa pulang empat pingat emas - dua daripada pesilat lelaki dan dua pesilat wanita. -BERNAMA

Artikel Lain